:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 ::
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Sebagai Ahli FORUM BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 Anda Di Sini!!!
:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 ::
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Sebagai Ahli FORUM BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 Anda Di Sini!!!
:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 ::
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Maahad Darul Anuar (MADA)
 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Menu Utama
 Forum
 Senarai Ahli
 Profail
 FAQ
 Carian
Gallery
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Empty
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Poll
Pendapat antum mengenai kewujudan Portal ini.
Mengeratkan ukhwah
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_lcap29%Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_rcap
 29% [ 102 ]
Seiring Teknologi
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_lcap17%Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_rcap
 17% [ 61 ]
Menyuarakan Pandangan
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_lcap19%Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_rcap
 19% [ 68 ]
Pendekatan untuk lebih mengenali Islam
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_lcap16%Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_rcap
 16% [ 57 ]
Sumber maklumat islamik
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_lcap17%Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Vote_rcap
 17% [ 61 ]
Total Votes : 349
Latest topics
» Pendapat antum mengenai kewujudan Portal ini.
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Emptyby izzjaja Tue 06 Mar 2012, 8:44 pm

» rindu
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Emptyby ndzrh Sat 22 Oct 2011, 2:13 am

» hujan
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Emptyby ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:54 am

» fiqh dan fatwa
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Emptyby ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:43 am

» jejak kasih~
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Emptyby ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:29 am

» KITA DI HINA OLEH GURU MADA SWASTA
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Emptyby sabri Mon 28 Jun 2010, 7:49 am

» YIK NAK AMBIL MADA BALIK BULAN FEB NI?
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Emptyby faez92 Fri 09 Apr 2010, 2:48 am

» Tamrin Qiadi MTM 2009
Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Emptyby faez92 Fri 09 Apr 2010, 2:45 am

Affiliates

Portal BALADI

Follow us on Twitter
Statistics
We have 90 registered users
The newest registered user is Nurulain

Our users have posted a total of 600 messages in 108 subjects
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests

None

Most users ever online was 115 on Fri 25 Oct 2024, 10:06 pm

 

 Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Admin
Webmaster
Admin


Number of posts : 143
Age : 32
Location : Tumpat, Kelantan
Registration date : 20/10/2008

Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Empty
PostSubject: Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI   Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI EmptyThu 20 Nov 2008, 1:34 am




PADA PAGI KHAMIS 12 JUN 2008, HARI NAN INDAH DI SINARI LAGI DENGAN SAMBUTAN 45 TAHUN MAAHAD DARUL ANUAR, NAMUN ANGIN YANG MENDATANG BAGAIKAN BADAI YANG MELANDA PIHAK KAMI (BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH - BALADI) KERANA PEMERGIAN SALAH SEORANG ANGGOTA KAMI, SAUDARA MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 6 PAGI TARIKH ITU.


PEMUDA KELAHIRAN MESIR DAN ANAK KEBESARAN SABAH INI TELAH BANYAK MENYUMBANG JASA DAN MENABUR BUDI KEPADA BALADI DAN SEKOLAH AMNYA, BELIAULAH ANTARA ORANG KUAT BALADI TERUTAMANYA DALAM MENUBUHKAN DA’IE JUNIOUR, MAJLIS NUQABA’, FRIENDSTER BALADI DAN WEBSITE BALADI. DAN BELIAU JUGA YANG TELAH MEBGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DAN BALADI LAGI-LAGI APABILA BELIAU MENJADI PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH KAMI DI DALAM PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR) DENGAN MEMPEROLEHI 8A.


BELIAU TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 6 PAGI SEMASA PERJALANAN MENUJU KE SEBUAH KLINIK BERDEKATAN DENGAN RUMAHNYA DI BANDAR ROMPIN, PAHANG. MULAINYA BELIAU DIKATAKAN HANYA DEMAM PANAS DAN DEMAM DENGGI BERDARAH. PADA MALAM TERAKHIRNYA BELIAU MASIH DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ISYA’ OLEH ALLAH SWT, DAN BELIAU DIKATAKAN TIDUR SELEPAS DARIPADA BELIAU MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ISYA’. BEBERAPA MINIT BERLALU ADIKNYA TERDENGAR SATU DENGGURAN YANG AMAT KUAT DAN BUNYI YANG BERBEZA DARI DENGGURAN BIASA. DIFAHAMKAN BELIAU TIDUR DI RUANG TAMU RUMAHNYA, ADIKNYA TERUS MENUJU KE ARAH BELIAU DAN MENDAPATI SAUDARA KAMI, UWAIS AL-QARNI BAHAWA KETIKA BELIAU TIDUR BELIAU BERDENGGUR DAN MENGALIRNYA DARAH MERAH DARI MULUT BELIAU MENGIKUTI ALUNAN DENGGURANNYA ITU. LANTAS, ADIKNYA TERUS MENGKHABARKAN PADA AYAHNYA. SETELAH MEMERHATI DAN MENELITI KEADAAN UWAIS AL-QARNI, AYAHNYA TELAH MENGENAL PASTI BAHAWA BELIAU SEDANG NAZAK DAN SEDANG MENGHADAPI SAKARATUL MAUT BILA MENDENGARI DENGGURANNYA ITU. LALU AYAHNYA MEMBAWANYA KE KLINIK BERDEKATAN SEKITAR RUMAHNYA DAN SESEDARNYA DALAM PERJALANAN KE KLINIK SAUDARA KAMI INI TELAH TIADA.


MENDENGARI CERITA DARI TEMAN-TEMANNYA DI SEKITAR MML DAN MADA BELIAU CUMA MENINGGAL KERANA MENGHIDAPI DEMAM PANAS DAN DEMAM DENGGI BERDARAH. TETAPI SETELAH BEDAH SIASAT DIADAKAN DI HOSPITAL, PIHAK HOSPITAL MENDAPATI PEMERGIANNYA BUKANLAH KERANA DEMAM PANAS ATAU DEMAM DENGGI BERDARAH TETAPI DIA ADA MERAHSIAKAN SESUATU PENYAKIT YANG DIA HIDAPI SEKIAN LAMA. KETIKA BEDAH SIASAT, PARU-PARUNYA TELAH BENGKAK MEMBIRU MENANDAKAN LAMANYA DIA MENAHAN PENYAKITNYA ITU. BUAT MASA INI PIHAK HOSPITAL BELUM DAPAT MENGENAL PASTI LAGI PENYAKITNYA, DAN PIHAK HOSPITAL TELAH MENGAMBIL SECEBIS TISU DARI TUBUH SAUDARA UWAIS AL QARNI UNTUK MEMBUAT PENYELIDIKAN SELANJUTNYA MENGENAI PENYAKITNYA ITU. BILA MEMERHATI PADA SIJIL KEMATIAANYA, HANYA DITULIS “MENINGGAL KERANA BENGKAK DI BAHAGIAN PARU-PARU.” JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN PADA LINGKUNGAN JAM 6.30 PETANG DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DI MUA’AZAM, PAHANG BERSEMPADAN DENGAN NEGERI JOHOR.


JADI, ATAS KEHILANGAN BESAR INI PIHAK KAMI (BALADI) MEMOHON AMPUN DAN MAAF BAGI MEWAKILI PIHAK SAUDARA KAMI, MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL KEPADA SEMUA WARGA YANG MENGENALINYA, TERUTAMANYA BUAT RAKAN-RAKANNYA DI SABAH, DI MML & MADA SENDIRI. KAMI MOHON JUA AGAR DAPAT MENGHALALKAN SEGALA MAKAN MINUMNYA.. BAGI MENGENANG DAN MEMBALASI JASA-JASA BELIAU HANYA INILAH YANG DAPAT KAMI CURAHKAN DAN TABURKAN UNTUKNYA WALAU IA TIDAK SETANDING JASA, BUDI, PERJUANGAN DAN PENGORBANANNYA ITU UNTUK KAMI...


..SAMA-SAMALAH KITA MENDERMAKAN UMUL FURQAN BUATNYA..
~MOGA ALLAH MERAHMATI DAN MENCUCURI ROHNYA ~
-AL FATIHAH-



*************************************************

Friday, June 13, 2008 - http://www.tsaqifblog.blogspot.com/

al-Fatihah Buat Sahabatku...

Uwais.......

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba
MuSahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati


********************

"Perhatian kepada semua pelajar MML, pada hari ahad ini akan diadakan kutipan derma kilat untuk Allahyarham Uwais al-Qarni"


aku tersentak, Allayarham??.......aku terduduk.....Allayarham Uwais al-Qarni???
betulke ni.....
Begitulah.....disaat kita selesa dengan kehidupan, tiba Allah menguji kita dengan ujan kehilangan...Uwais, terasa baru kelmarin kita berbicara......


''Dah berapa bulan tak balik?? mesti rindu kat rumahkan...??"soalku padanya....
"Rindu!! rindu sangat dah 3 bulan tak balik'' luah Uwais padaku.....


Rupa-rupanya kepulangannya ke kampung halamannya, merupakan kepulangannya yang terakhir, menemui keluarganya yang tersayang, lebih menyedihkan, dia hanya sempat bersama keluarganya hanya untuk beberapa hari....lebih mengharukan, dia sanggup berbasikal sejauh 15 KM ke Darul Anwar, sekolah lamanya untuk ziarah buat kali terakhir.....


Uwais, dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sebelum kematiannya....dia nampak ceria, sebelum peperiksaan, kami mengulang kaji bersama.....


Uwais, aku terkilan, aku tak sempat memita maaf pada kau.....Maafkan aku Uwais!!
Ya Allah kau tempatkanlah Uwais al-Qarni Bin Ismail di syurgamu, yang abadi!!! Amin.....


Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha, dan diredhai....
Back to top Go down
http://www.ibnuyusuf.blogspot.com
Admin
Webmaster
Admin


Number of posts : 143
Age : 32
Location : Tumpat, Kelantan
Registration date : 20/10/2008

Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI Empty
PostSubject: VIDEO INGAT-INGATAN BUATMU UWAIS AL-QARNI..   Sekalung Al-Fatihah Buatmu Temanku.. UWAIS AL-QARNI EmptyThu 20 Nov 2008, 12:21 pm